Sijl Kemahiran Malaysia dalam Program Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tahap 2 & 3 merupakan program permulaan / asas bagi individu yang ingin mendalami bidang ini. Matlamat kursus ini adalah untuk menghasilkan kemahiran asas, teknik kerja dan sikap yang betul di dalam penyediaan dan pembuatan makanan. Selepas mempelajari kemahiran asas ini, para pelajar kemudiannya, akan memperolehi kecekapan piawaian yang seterusnya boleh memasuki pasaran pekerjaan khususnya dalam bidang perhotelan, pelancongan dan perkhidmatan. Pelajar akan didedahkan kepada kemahiran teori dan praktikal
Objektif Program :
1. Memberi latihan intensif dalam bidang perkhidmatan dan penyajian makanan
2. Melahirkan pelajar berpengetahuan dan berkemahiran
3. Mendedahkan pelajar kepada industri makanan
4. Menjadikan bidang perkhidmatan makanan sebagai sumber pendapatan/prospek kerjaya
Akreaditasi
- Akreaditasi Jabatan Pembangunan Kemahiran
Level 2 (HT – 012 – 2 : 2012)
Level 3 (HT – 012 – 3 : 2012)
Kaedah Persijilan
– Tahap tunggal (Single Tier)
Pertauliahan Sijil
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Penyediaan dan Pembuatan Makanan